JPA lulus 10,675 jawatan untuk Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Dis  -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan 10,675 jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman hari ini.

Mengumumkannya dalam sidang media di sini, beliau berkata kelulusan jawatan itu adalah berdasarkan keperluan fasiliti kesihatan yang telah siap dan bakal beroperasi mulai 2019 hingga 2020 dan akan diagihkan secara berfasa.

Ia melibatkan perjawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan lain-lain jawatan di fasiliti baharu Kementerian Kesihatan melalui kaedah penjajaran jawatan kosong dari semua kementerian, katanya.

Difahamkan kaedah penjajaran jawatan kosong dari semua kementerian adalah, contohnya mengambil jawatan pegawai gred 41 yang kosong di mana-mana kementerian dan diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk jawatan pegawai perubatan UD41. Ia bukanlah perjawatan baharu.

Pada majlis hari ini juga Mohd Khairul Adib menyerahkan waran perjawatan yang mengandungi 385 perjawatan untuk Hospital Rembau kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Sementara itu,  Mohd Khairul Adib mahu kementerian-kementerian kreatif dan inovatif mencari pendekatan yang efektif bagi memenuhi permintaan perkhidmatan kerajaan yang tinggi oleh rakyat dan bukan sahaja melalui pertambahan jawatan.

Beliau berkata perkhidmatan awam kini berhadapan dengan isu permintaan perkhidmatan yang tinggi berikutan penambahan populasi negara dan perlu mengoptimumkan penjawat awam sedia ada.

Menurutnya, banyak kementerian menyatakan mereka memerlukan perjawatan dengan mendesak bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti. 

“Teknologi, alternatif penyampaian perkhidmatan (antara yang dipertimbang) untuk terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa menjejaskan kualiti capaian,” katanya. 

“Sudah tentu bila mana permintaan tinggi, kadang-kadang akan terjejas kecekapan dan sebagainya. Tapi perkhidmatan itu masih ada lagi dan kita akan terus menyediakan lebih banyak perkhidmatan sebagaimana dikehendaki rakyat,” katanya.

Pada tahun lepas, kerajaan memutuskan pelaksanaan dasar kawalan saiz perkhidmatan awam dengan menyasarkan pengurangan lima peratus daripada 1.7 juta perjawatan di sektor awam mulai 2019 hingga 2021.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2