Melaka perlu hingga 600 kakitangan baharu Kesihatan



MELAKA, 3 Dis -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memerlukan antara 500 hingga 600 kakitangan baharu bagi menampung peningkatan permintaan rawatan selain mengisi kekosongan khususnya di klinik kesihatan baharu di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Amirullah Mohd Arshad berkata ia juga bagi memastikan kebajikan pesakit dapat diberi keutamaan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan permohonan penambahan itu akan dimohon dalam masa terdekat.

"Sebagai contoh, Klinik Kesihatan Batu Berendam beroperasi awal tahun hadapan dan ia memerlukan kira-kira 325 perjawatan baharu manakala perjawatan bagi Klinik Rembia yang baharu beroperasi pada akhir Ogos lepas juga kita akan mohon kerana waktu mula beroperasi kita tiada peruntukan khas perjawatan.

Situasi ini menyebabkan kita terpaksa meminjam kakitangan dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan sedia ada dan ia secara tidak langsung memberi kesan pada kelancaran perkhidmatan kesihatan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Premis Tayar) di Cheng  di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan penambahan perjawatan  baharu di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Semalam Bernama melaporkan Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan 10,675 jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan berdasarkan keperluan fasiliti kesihatan yang telah siap dan bakal beroperasi mulai 2019 hingga 2020 dan akan diagihkan secara berfasa.

Ia melibatkan perjawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat, penolong pegawai perubatan dan lain-lain jawatan di fasiliti baharu Kementerian Kesihatan melalui kaedah penjajaran jawatan kosong dari semua kementerian.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2