Kebakaran HSA: Menteri Kesihatan akan menghadap Sultan Johor



PETALING JAYA, 3 Dis -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata beliau dijadualkan untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar esok, berkaitan kerja-kerja membaiki Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas akibat kebakaran tiga tahun lepas.

“Saya akan berpeluang untuk memaklumkan kepada baginda, mengenai usaha kami dan juga kelewatan sejak 2016 (di bawah pentadbiran dahulu) … dan berapa banyak (kerajaan sekarang) telah belanjakan dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku panduan kesihatan mental di sini hari ini.

Menteri itu berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai lawatan Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ke hospital tersebut baru-baru ini.

Tunku Ismail telah menyuarakan perasaan dukacita baginda di Facebook mengenai apa yang beliau rasakan sebagai kegagalan dalam usaha kerajaan persekutuan membaiki semula pusat rawatan intensif HSA, berikutan kebakaran tersebut.

Menjawab satu soalan, Dr Dzulkefly berkata, kabinet telah memutuskan penemuan siasatan mengenai kebakaran HSA akan didedahkan.

“Kami telah membuat keputusan untuk mendedahkan penemuan  ini, dan saya rasa tidak lama lagi, anda akan boleh ketahui penemuan pada kejadian kebakaran HSA itu,” katanya mengenai kebakaran pada 25 Okt yang meragut enam nyawa.


Gambar fail

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2