Sultan Johor adakan perbincangan wujudkan pusat kanser

Kredit: Fb-Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 4 Dis -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengadakan perbincangan berhubung rancangan mewujudkan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor.

Menerusi catatan dan beberapa keping gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, perbincangan terbabit dilakukan ketika baginda menerima kunjungan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Pasir Pelangi, di sini.

“Pada hari ini, saya menerima kunjungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Dibincangkan mengenai perancangan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, yang bertumpu sepenuhnya kepada rawatan, penyelidikan dan pendidikan kanser,” titah baginda menerusi laman Facebook berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah wakil Asian American Medical Group (AAMG) yang menerajui projek itu, mengutarakan keperluan lebih ramai bilangan pakar kanser bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Baginda bertitah, pusat kanser itu dalam merealisasikan impian Almarhum Tunku Abdul Jalil yang sentiasa mahu membantu pesakit kanser.

Selain itu, menerusi catatan sama baginda bertitah, Dzulkefly turut menyampaikan perkembangan semasa mengenai kerja-kerja penambahbaikan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Antaranya membabitkan pendawaian bangunan utama yang sudah berusia lebih 70 tahun yang perlu ditambah baik dan kerja-kerja itu akan dimulakan pada tahun hadapan.

Lokasi tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi HSA pada Oktober 2016 juga akan diperbaiki, titah baginda.

“Saya turut mencadangkan keperluan sebuah lagi hospital di Johor Bahru memandangkan berlaku peningkatan dari segi pesakit serta kesesakan di HSA pada masa sekarang.

Saya mahukan perkhidmatan perubatan awam yang lebih baik untuk rakyat Johor,” titah baginda.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018