Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin
PASIR MAS, 7 Dis -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan tiada sebarang penularan wabak penyakit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di seluruh negeri ini.
Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata pihaknya melakukan persediaan awal untuk menghadapi musim tengkujuh dengan menubuhkan 15 pasukan perubatan dan pasukan kesihatan di PPS yang ada.
“Bagi pasukan perubatan, mereka bertanggungjawab menangani penyakit berjangkit dalam kalangan penghuni PPS, manakala pasukan kesihatan pula akan memastikan persekitaran serta makanan dalam keadaan yang baik dan bersih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengurniaan bantuan banjir jajahan Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Bakong di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada 166 mangsa dari Kampung Bakong, Kampung Kubang Binjai, Kampung Kubang Tembakan dan Kampung Kubang Pak Hitam.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata pihaknya juga telah mengambil langkah awal dengan mengenal pasti data pesakit yang berisiko yang menjadi mangsa banjir untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.
“Kita sudah arahkan kakitangan hospital mengambil tindakan yang sepatutnya terutama pesakit yang berisiko seperti ibu mengandung atau pesakit dialisis untuk memastikan mereka tetap mendapat rawatan walaupun ketika banjir.
“Biarpun ada beberapa klinik kesihatan yang terjejas dan dinaiki air, namun kakitangan masih bertugas merawat pesakit di PPS yang berdekatan,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN