LABUAN, 10 Dis -- Jumlah kes demam denggi di pulau bebas ini menurun kepada hanya 36 kes yang dilaporkan setakat tahun ini berbanding 98 kes bagi tempoh sama tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau bagaimanapun menyifatkan situasi itu sebagai tidak menentu berdasarkan keadaan cuaca ketika ini.
“Orang ramai perlu terus memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman mereka dan di luar dan dalam rumah mereka serta perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan untuk mengawal penularannya,” katanya kepada Bernama.
Katanya demam denggi hanya dikesan berlaku di Kg Saguking berbanding pada 12 tahun lepas yang membabitkan beberapa lokasi.
Dr Ismuni berkata pembuangan sampah merata-rata, sampah sarap di rumah kedai terbiar dan longkang tersumbat antara punca berlakunya demam denggi di kampung itu.
“Oleh itu, tindakan tegas perlu diambil untuk mencegah demam denggi daripada menular ke seluruh pulau ini. Kami juga perlu bekerjasama dengan penduduk setempat untuk membasmi denggi secara efektif. Pemeriksaan akan dilakukan di kawasan yang berisiko berlaku demam denggi,” katanya.
Sebanyak 118,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dari Januari sehingga 27 Nov tahun ini, meningkat 70 peratus berbanding bagi tempoh yang sama pada 2018.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata 164 kematian dilaporkan bagi tempoh sama tahun ini berbanding 118 kematian pada tahun lepas, meningkat sebanyak 46 kes (39 peratus).
"Beberapa tindakan bersepadu telah dilaksanakan, menerusi pasukan petugas khas denggi dianggotai beberapa kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk kempen gotong royong dan kebersihan yang dilaksanakan dua kali setahun pada Mac dan September," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 2 Dis.
Selain itu, Dr Lee berkata kementeriannya turut melaksanakan inisiatif kawalan denggi inovatif iaitu melepaskan telur nyamuk Aedes Wolbachia untuk menggantikan populasi nyamuk Aedes liar pembawa virus demam denggi, dalam usaha untuk mengawal penyakit itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN