Basmi AIDS: terbuka dalam membincangkan pendidikan sex



KUALA LUMPUR 10 Dis -- Masyarakat sepatutnya membincangkan mengenai pendidikan seks secara jujur, sebagai satu cara untuk membasmi HIV dan AIDS menjelang 2030, selaras dengan usaha dilakukan Kementerian Kesihatan.

Presiden Majlis AIDS Malaysia Bakhtiar Talhah berkata oleh kerana 94 peratus daripada penyebaran HIV adalah melalui hubungan sex, masyarakat perlu terbuka dalam membincangkan dan menghilangkan stigma, terhadap HIV/AIDS.

“Di Malaysia, beberapa tahun lepas, sumber utama penyebaran  (HIV) adalah melalui mereka yang mengambil dadah menggunakan suntikan, namun kini lebih daripada 90 peratus disebabkan hubungan sex.

“Ia bukan satu pendidikan sains roket yang sukar tentang cara mengatasi HIV, jadi kita boleh bercakap secara lebih terbuka mengenai penggunaan kondom, mengenai pendidikan sex, kita boleh membasmikan AIDS menjelang 2030,” katanya.

Bakhtiar berkata demikian dalam sidang media mengenai Majlis Makan Malam Gala Yayasan AIDS Malaysia (MAF)-Berjaya Tun Dr Siti Hasmah, di sini hari ini.

Dihoskan oleh MAF, majlis kutipan derma amal itu akan diadakan pada 14 Dis (Sabtu) di Hotel Mandarin Oriental.



Majlis tersebut juga akan mengiktiraf individu dan organisasi yang telah menunjukkan keberanian, komitmen dan dedikasi dalam mewujudkan impak berkesan terhadap komuniti, yang terkesan oleh HIV dan AIDS.

Mereka yang tercalon dan pemenang kepada Anugerah Tun Siti Hasmah akan diumumkan pada majlis tersebut dan penerima anugerah akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi eksklusif.

-- BERNAMA



 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018