FPMPAM saran kerajaan kaji peranan pihak tengah

Dr Steven KW Chow (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menyeru kerajaan untuk mengkaji peranan pihak tengah termasuk organisasi penjagaan terurus (MCO) dalam memastikan perkhidmatan perubatan lebih baik pada kos yang berpatutan.

Presidennya, Dr Steven KW Chow dalam kenyataan di sini hari ini berkata di kawasan bandar, peranan pihak tengah ini, telah menjejaskan sebahagian besar aliran pesakit dan mereka akan menentukan caj perundingan doktor.

“Selama bertahun-tahun, kami berterusan mengetengahkan masalah fi perundingan yang tidak adil dan kontrak berat sebelah dengan MCO  kerana isu ini belum berjaya diselesaikan dengan undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Selain itu, doktor juga mengadu tentang kuasi-peraturan yang secara unilateral dikenakan oleh MCO yang mengganggu pengurusan perubatan pesakit mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai  kawalan fi perundingan perubatan klinik swasta yang dimansuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini, Dr Chow berkata pengubahsuaian caj perundingan dalam jangka masa pendek dijangka berlaku.

“Kami yakin pemansuhan kawalan fi perundingan adalah lebih baik untuk jangka masa panjang serta pesakit akan membandingkan harga dan pengamal perubatan pula tidak akan mengenakan caj berlebihan daripada rakan sejawat mereka,” katanya. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018