HUSM berhasrat kerjasama dengan JPN Kelantan untuk kemudahan pesakit tulang rapuh

KOTA BHARU, 19 Dis --  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan bagi menyediakan kemudahan di sekolah di negeri ini bagi pesakit ‘Osteogenesis Imperfecta’ atau dikenali penyakit tulang rapuh.

Pakar Perunding Bedah Ortopedik Kanak-Kanak HUSM Prof Dr Abdul Razak Sulaiman berkata, pesakit ini memerlukan sokongan pelbagai pihak khususnya JPN supaya semua sekolah di Kelantan mempunyai kemudahan bagi golongan ini. 

“Kita mahu ada  libat urus dengan pihak pendidikan supaya kami (doktor) bukan hanya rawat dalam dunia kita sahaja sedangkan tidak semua pihak sekolah yang membantu mewujudkan kemudahan yang diperlukan oleh golongan ini,”katanya.

Katanya, dengan adanya kemudahan yang diberikan ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan ketidakupayaan pesakit ‘Osteogenesis Imperfecta’ serta mempengaruhi kesediaan mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) di sekolah. 

“Pesakit kebiasaanya akan menghadapi kesukaran di sekolah dan terpaksa bergantung bantuan lain, jadi dengan adanya kemudahan seperti kelas di aras bawah, tanjakan, laluan khas amat penting kerana pesakit berkenaan ada yang berkerusi roda sekali gus bagi mengurangkan risiko tulang untuk patah,” katanya kepada pemberita selepas hadir di sesi perkongsian bersama ibu bapa, penjaga dan pesakit ‘Osteogenesis Imperfecta’ di HUSM di sini hari ini.

Terdahulu, sesi perkongsian berkenaan mendedahkan mengenai rawatan terbaik dan cabaran semasa rawatan ’Osteogenesis Imperfecta’ selain perkongsian pengalaman penjaga dan pesakit berkenaan dihadiri kira-kira 11 keluarga yang terdiri daripada 38 pesakit dari Kelantan, Terengganu dan Johor. 

Abdul Razak berkata, penyakit yang dibawa melalui keturunan yang menyebabkan tulang mudah patah seawal kelahiran itu akan mengakibatkan tulang menjadi bengkok dan kerap kali patah selain kurang upaya untuk bergerak berbanding individu normal. 

Katanya, sehingga kini beliau merawat 22 pesakit Osteogenesis Imperfecta termasuk pesakit luar negeri ini yang berusia antara setahun hingga 51 tahun yang mendapatkan rawatan di HUSM.

“Bagi merawat penyakit ini kebiasaannya pesakit akan menjalani pembedahan untuk memasang besi bagi membetulkan tulang selain diberikan ubat khusus untuk membantu menguatkan tulang mereka. 

Untuk mereka sembuh adalah mustahil, namun matlamat kita melakukan pembedahan ini adalah untuk membaiki kualiti hidup pesakit,” katanya. 

Sementara itu, Azmi Mohd Zain ,44 berkata anaknya Mohd Alif Azmi,12 dikesan menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta ketika masih dalam kandungan.

“Ketika itu doktor memberitahu anak saya kemungkinan menghidap penyakit ini selain mengesan kaki dan tangannya patah ketika dalam kandungan.

Alhamdulillah, setelah mendapatkan rawatan secara berkala di HUSM, anak saya kini semakin kurang mengalami tulang patah, berbanding sebelum ini,”katanya. 

HUSM merupakan antara hospital terbaik yang mempunyai kepakaran bagi merawat penyakit Osteogenesis Imperfecta.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018