Dua kluster ILI dilaporkan di Perak - Jabatan Kesihatan

Datuk Dr Ding Lay Ming

IPOH, 20 Dis -- Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima dua laporan kluster penyakit seperti influenza (ILI) melibatkan anggota dan pelatih di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Pengarahnya Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung menerima laporan kluster itu masing-masing pada 10 Dis dan 14 Dis lepas.

“Kluster pertama telah dilaporkan pada 10 Dis lepas  melibatkan 25 anggota TLDM dan siasatan yang dijalankan mendapati kes terakhir yang dikumpulkan TLDM bagi kumpulan ini adalah pada 9 Dis lalu dan sehingga hari ini tiada kes baharu dilaporkan.

“Kesemua mereka ini masih dalam tempoh pemantauan dan dijangka tamat pada Isnin depan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kluster kedua dilaporkan oleh pakar kecemasan daripada Hospital Angkatan Tentera Lumut (HATL) pada 14 Dis lepas.

"Seramai 67 pelatih lagi sudah diasingkan di fasiliti isolasi sedia ada dalam kawasan pangkalan berkenaan selepas mengalami gejala demam, batuk, selsema dan sakit tekak,” katanya.

Dr Ding berkata sehingga Isnin lepas, pihaknya sudah melakukan ujian saringan terhadap 1,572 individu dan bilangan keseluruhan kes yang dikesan termasuk dirujuk di HATL adalah sebanyak 122 orang.

Beliau berkata, susulan daripada itu, PKD Manjung bersama-sama pasukan kesihatan HATL menjalankan aktiviti pengesanan aktif kes dengan mengambil sampel daripada beberapa individu mempunyai gejala sedemikian.

“Sejumlah sampel yang diambil daripada individu yang mempunyai gejala untuk kedua-dua kejadian kluster berkaitan dikesan positif bagi virus influenza A (H1N1),” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018