Ubah persepsi tentang kanak-kanak disleksia, kata Abang Johari

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 20 Dis -- Kanak-kanak disleksia perlu diberikan program intervensi yang sesuai agar mereka tidak tersisih dan tercicir dari sekolah, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Katanya masyarakat secara umum perlu memahami bahawa disleksia bukanlah merupakan penyakit yang dikaitkan dengan terencat tetapi merupakan masalah kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan juga mengira yang dialami sebahagian kanak-kanak.

“Kanak-kanak berdisleksia mempunyai kesulitan untuk belajar dan mereka dilabelkan sebagai pelajar yang lembab dan malas. Keadaan sedemikian membawa kesan yang serius kepada individu berkenaan terutamanya kanak-kanak di sekolah,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Pecah Tanah Pusat Pembelajaran dan Sumber Persatuan Disleksia Sarawak di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee.

Abang Johari berkata kajian antarabangsa menunjukkan antara lima dan 15 peratus populasi dunia mengalami disleksia, manakala kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak menunjukkan kadar prevalens ialah enam peratus kalangan murid-murid Tahun 3 di Kuching.

Sementara itu, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak, Dr Ong Puay Hoon berkata tahun ini, sejumlah 671 murid sekolah rendah menghidap disleksia dan menganggap angka itu bukanlah sedikit.

“Justeru dengan menyediakan latihan penilaian, intervensi dan alat sokongan pembelajaran ia mampu membantu mereka yang menghidap disleksia untuk membaca,” katanya.

Di Pusat Disleksia Sarawak, sejumlah 500 kanak-kanak dan dewasa dari seluruh negeri termasuk dari luar negara seperti Mongolia dan Indonesia pernah menjalani program intervensi tersebut.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018