Foto TLDM
KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua pegawainya yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1).
Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu bermula awal bulan ini setelah mereka pulang daripada bercuti di Johor.
“Setakat ini keadaan terkawal dan warga TLDM melaksanakan rutin kerja seperti biasa, sehubungan itu masyarakat awam yang berurusan di Pangkalan TLDM Lumut tidak perlu khuatir,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan pengurusan tertinggi TLDM sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap warganya dari semasa ke semasa melalui kerjasama Hospital Angkatan Tentera Lumut (HAT 96), dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN