Sihat Bersama 2030 dijangka dibentang kepada Kabinet Januari 2020

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar fail)

Oleh Muhammad Saufee Rosman dan Ainul Huda Mohamed Saaid

PUTRAJAYA, 23 Dis -- Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan satu dasar baharu dikenali sebagai Sihat Bersama 2030 kepada Jemaah Menteri pada Januari tahun hadapan, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata dasar itu adalah pelan jangka panjang yang merupakan agenda utama KKM dalam mentransformasikan sistem kesihatan di negara ini selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dilancarkan Oktober lepas.

"Sihat Bersama 2030 adalah terjemahan berkenaan apakah itu Kemakmuran Bersama dalam bidang kesihatan dan dasar ini melibatkan (penambahbaikan) sektor awam dan swasta dalam sektor kesihatan.

"...dan ini merupakan satu pelan komprehensif dan holistik mengenai bagaimana reformasi  penjagaan kesihatan akan dilaksanakan di negara ini," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Secara umum, beliau berkata dasar itu menggariskan tiga tonggak iaitu transformasi sektor awam, reformasi pengawalseliaan sektor swasta dan sistem pembiayaan kesihatan mampan.

Menurut Dr Dzulkefly, dasar itu akan memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan pencegahan dan penggalakkan dan pada masa yang sama  terus meningkatkan perkhidmatan kesihatan sedia ada  yang diberikan.

Beliau berkata pihaknya juga akan melaksanakan penggunaan data besar untuk mewujudkan aplikasi rekod perubatan elektronik (EMR) bagi menyimpan semua rekod pesakit yang terdapat di semua pusat kesihatan awam di seluruh negara.

Beliau selanjutnya menjelaskan EMR juga akan boleh diakses oleh pusat perubatan swasta dan data akan digunakan untuk penyelidikan serta membuat keputusan dalam sebarang isu melibatkan kesihatan atau penyakit awam.

Rekod digital itu, katanya akan dapat menyelesaikan masalah perlu menunggu berjam-jam lamanya yang selama ini berlaku di klinik dan hospital kerajaan, dengan itu membolehkan pesakit  menerima rawatan lebih baik dan lebih cepat.

Ditanya bilakah Sihat Bersama 2030 akan dilancarkan, Dr Dzukefly berkata tiada tarikh atau jangka masa ditetapkan pada masa ini berikutan perlu mendapatkan kelulusan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1