SANDAKAN, 3 Jan -- Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini yang berjaya menjimatkan RM200,000 daripada peruntukan keseluruhan RM10.6 juta Kerajaan Persekutuan tahun lepas, telah menggunakan wang tersebut untuk membeli lebih banyak peralatan perubatan untuk kemudahan pesakit.
Ketika menyatakan perasaan puas hatinya mengenai prestasi kewangan hospital tersebut, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, beliau amat gembira untuk mengetahui duit yang dijimatkan itu, telah digunakan dengan baik sebelum tahun 2019 berakhir.
“Ia menjadi polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH), wang yang dijimatkan tidak perlu dipulangkan kepada kerajaan Persekutuan, dan boleh digunakan untuk keperluan lain.
“Sebahagian daripada peralatan yang dibeli itu adalah yang terkini dan ini membolehkan doktor dan jururawat melakukan kerja mereka dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat HDOK di sini hari ini.
Lim berkata kali terakhir beliau melawat hospital tersebut pada Mei, selepas kemenangan PH dalam pilihan raya kecil Parlimen Sandakan dan beliau telah mengumumkan kementeriannya dan Kementerian Kesihatan telah memperuntukkan RM10.6 juta kepada hospital tersebut, bagi membeli peralatan perubatan.
Ketika lawatannya hari ini, Lim juga telah meluluskan peruntukan RM250,000 kepad HDOK bagi pemasangan Sistem Pengurusan Giliran (QMS) untuk memperbaiki aturan giliran pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Timbalan Pengarah HDOK Dr Mohd Fahmie berkata, sejumlah 26 peralatan perubatan telah dibeli menggunakan peruntukan daripada kedua-dua kementerian itu.
Beliau berkata peralatan baharu itu, bukan sahaja berupaya untuk mendiagnosis keadaan pesakit, tetapi juga mampu mengurangkan komplikasi yang dihadapi pesakit, ketika prosedur perubatan dijalankan ke atas mereka.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN