Pengambilan NSAIDS tingkatkan risiko jangkitan influenza

Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Ubat-ubatan dalam kumpulan ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) yang diberikan kepada kanak-kanak bawah lima tahun untuk mengurangkan demam boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata terdapat bukti klinikal menunjukkan ubat NSAIDS boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak dalam kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihat agar pemberian ubat ini kepada kanak-kanak dielakkan dan jika terdapat keperluan boleh ambil ubat paracetamol mengikut dos yang tepat. 

"Di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah. Pastikan pesakit minum secukupnya.

"Sila bawa pesakit berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada 31 Dis lepas, peningkatan kes jangkitan influenza masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya dan pemantauan penyakit itu dibuat dengan menggunakan data proksi yang direkodkan dari aktiviti survelan melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti di seluruh negara.

Sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza, kementerian itu mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau ubat pembersih tangan serta mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1