Peratusan kes demam denggi negeri Perak meningkat di luar bandar



IPOH, 4 Jan -- Peratusan kes penyakit demam denggi menunjukkan peningkatan di kawasan luar bandar di Perak pada tahun lepas.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata punca utama peningkatan itu dipercayai daripada sisa sampah yang tidak diuruskan dengan baik di kawasan berkenaan berbanding kawasan bandar.

"Kawasan bandar mempunyai sistem pengurusan sampah yang baik oleh pihak berkuasa tempatan tetapi kawasan luar bandar sebaliknya.

"Setakat ini hotspot penyakit ini adalah di daerah Muallim dan Batang Padang jadi Kementerian Pembangunan Luar Bandar perlu melihat masalah ini dan mengambil langkah untuk mengatasinya kerana sekiranya sampah tidak dibersihkan akan membawa kepada masalah demam denggi dan juga chikungunya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Untuk Taska dan Tadika di Daerah Kinta di sini hari ini.

Katanya peningkatan demam denggi di daerah Muallim adalah 342.1 peratus iaitu 168 kes dicatatkan pada tahun lepas berbanding 38 kes pada 2018 manakala sebanyak 189.4 peratus peningkatan di daerah Batang Padang iaitu 356 kes pada tahun lepas berbanding 123 kes pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata penduduk di kawasan luar bandar dinasihati agar mencari jalan penyelesaian untuk membuang sampah dengan betul atau membawa sampah ke pekan terdekat untuk melupuskannya sebagai alternatif.

Seramai 350 orang terdiri daripada guru taska dan pengamal perubatan hadir pada program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan Kelab Rotary Ipoh Selatan (KRIS) itu bagi memberi kesedaran mengenai pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di taska dan tadika.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2