Elak beli air zam zam di pasaran tempatan - KKM

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak membeli air yang dilabel sebagai air zam zam di pasaran tempatan kerana dikhuatiri tiruan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

"Dalam hal ini, kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan pengesahan berkenaan kerana air zam zam tidak boleh diperdagangkan. Justeru, tiada pengedar atau syarikat yang telah mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan penguatkuasaan terhadap penjualan air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen.

"Sejak 2012 sehingga kini, sejumlah air zam zam bernilai RM77,358.30 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Orang ramai juga diseru membantu menyalurkan sebarang maklumat penjualan air yang dilabel air zam zam di pasaran kepada pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri terdekat, melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook BKKM.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2