Klinik Pengurusan Sakit UMSC, Kurangkan Derita Pesakit

Gambar hiasan.

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR (Bernama) --  Sekadar melakukan aktiviti harian yang mudah seperti mandi dan memakai baju, boleh menjadi sangat sukar bagi individu yang sedang menderita sakit kronik.

Perasaan marah, bimbang dan kemurungan juga boleh mengakibatkan kesakitan kronik, memandangkan pesakit dalam keadaan yang lemah dan serba kekurangan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini, doktor dari Pusat Pakar UM (UMSC) menerangkan mengenai pengurusan sakit, iaitu cabang penting dalam bidang perubatan yang mengguna pakai pendekatan antara disiplin (pelbagai bidang) untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan pada masa sama meningkatkan kualiti hidup mereka.

Perunding Neurosurgeri Dr Nor Faizal Ahmad Bahuri menjelaskan bahawa sakit adalah sensasi tidak normal yang boleh terasa apabila berlaku kecederaan pada tisu badan.

Kesakitan boleh dibahagikan kepada sakit akut (acute illness) dan sakit kronik. Sakit akut adalah sensasi biasa yang muncul secara tiba-tiba selepas kecederaan terjadi dan akan berlanjutan selama beberapa minit.


Pakar-pakar dari UMSC Dr Nor Faizal Ahmad Bahuri (kiri), Dr Norshazriman Sulaiman (tengah) dan Prof Dr Marzida Mansor. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sakit ini boleh juga dirasai selama berhari-hari dan kadang-kala berlarutan sehingga berminggu-minggu lamanya bergantung pada proses penyembuhan tisu.

"Bagi sakit kronik, pesakit akan terus merasai kesakitan walaupun proses penyembuhan sudah melebihi tiga bulan.

"Ia (sakit kronik), bukan sahaja sakit secara fizikal tetapi ia juga dikaitkan dengan kesakitan emosi dan perubahan dalam tingkah laku ekoran ketidakselesaan untuk tempoh yang lama," kata Dr Nor Faizal.

Menjelas lanjut mengenai sakit kronik, pakar anestesiologi Profesor Dr Marzida Mansor berkata sakit kronik boleh dibahagikan kepada sakit kronik primer dan sakit kronik sekunder.

Sakit kronik primer adalah kesakitan akibat penyakit itu sendiri. Sakit kronik sekunder pula adalah simptom sakit kronik yang berpunca daripada keadaan sakit tersembunyi pesakit itu.

Sakit kronik primer dicirikan sebagai ketidakupayaan atau penderitaan secara emosi yang bukan disebabkan oleh diagnosis sakit kronik lain. Contoh sakit seumpama itu ialah sindrom kesakitan umum seperti sakit otot kronik, sakit kepala primer, sindrom usus rengsa dan sakit pelvis kronik.

“Terdapat juga sakit kronik sekunder yang disebabkan oleh penyakit dasar (underlying disease) seperti kanser, kesakitan selepas pembedahan atau kesakitan selepas trauma, kesakitan neuropatik kronik akibat lesi (lesion) dalam sistem saraf somatosensori, sakit kepala sekunder kronik atau kesakitan orofasial, kesakitan viseral sekunder kronik dan kesakitan otot berangkat (musculoskeletal) sekunder kronik, " jelas Dr Marzida.

 

MERAWAT SAKIT

 

Menurut pakar radiologi intervensi Dr Norshazriman Sulaiman, pakar pengurusan sakit terdiri daripada sekumpulan doktor pakar yang akan merawat pesakit yang mengadu tentang kesakitan.

“Terdapat pelbagai cara untuk merawat sakit, termasuk cara konvensional dan bukan konvensional.

"Secara kesuluruhannya, terdapat banyak kaedah untuk merawat sakit, seperti yang anda lihat di sini terdapat tiga pakar berbeza (dari UMSC) dengan kepakaran masing-masing (Dr Nor Faizal, Dr Marzida dan Dr Norshazriman), kami bersama-sama mereka cipta kaedah multidisiplin bagi menguruskan sakit," katanya.

Antara rawatan yang disediakan UMSC termasuk analgesik oral seperti ubat paracetamol dan ubat anti-radang paracetamol dan ubat-ubatan lain yang berkaitan dengan ubat serta prosedur yang tidak invasif seperti suntikan steroid, suntikan tulang belakang, gangguan pada sistem saraf perifer dan suntikan ubat pada titik pencetus tertentu.

Dr Norshazriman menegaskan bahawa terdapat beberapa keadaan sakit memerlukan invasif terapi imej minimum yang disediakan oleh ahli radiologi intervensi.


Wawancara eksklusif Bernama. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Hari ini, rawatan radiologi intervensi canggih amat diperlukan secara meluas dalam bidang onkologi, sekaligus akan mewujudkan cabang lain dalam pengurusan onkologi moden.

Katanya, bidang radiologi intervensi kini sedang berkembang pesat dalam bidang onkologi sekali gus membuka peluang pengembangan cabang lain dalam pengurusan onkologi moden.

"Kaedah ini melibatkan terapi yang disasarkan terus menuju ke bahagian tumor," kata Dr Norshazriman.

Beliau menambah, selain cara konvensional merawat kesakitan, terdapat juga rawatan alternatif atau pelengkap seperti hipnosis, akupunktur, yoga dan senaman.

Kaedah sebegini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebahagian kaedah menguruskan kesakitan di dunia barat dan turut diiktiraf di Malaysia.

Dr Marzida menjelaskan kadang-kala pembedahan mungkin diperlukan untuk meringankan kesakitan kronik. Jika kes sedemikian, pesakit akan dirujuk pada pakar bedah untuk penilaian lanjut dan pengurusan penyiasatan.

Pendekatan ini sesuai dalam kes-kes seperti pembedahan tulang belakang atau penggantian sendi.

"Rawatan fisioterapi, terapi tingkah laku kognitif, latihan pernafasan dan relaksasi adalah langkah penting yang digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap sakit kronik. Apabila kaedah farmakologi, kaedah fizikal dan rawatan invasive minimum tidak memnberi kesan, kita mungkin menggunakan kaedah rawatan pelengkap seperti hipnosis, akupunktur, urut dan juga penggunaan rangsangan saraf elektrik transkutan (TENS).

"Kaedah perubatan komplementari boleh membantu, namun keputusan biasanya tidak konsisten. Oleh itu, kita perlu menggunakan kaedah pengurusan sakit secara konvensional dan bukan sebagai rawatan alternatif," katanya.

 

KLINIK MENGURUS KESAKITAN UMSC

 

Sejak kesakitan kronik diiktiraf sebagai entiti penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui penerbitan ICD 11 (Klasifikasi penyakit antarabangsa semakan kali ke-11) Dr Marzida berharap individu yang menderita sakit akan berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

"Kami mempunyai kemudahan Klinik Sakit di UMSC. Ia adalah klinik pelbagai disiplin yang merangkumi anesthesiologi, pakar bedah saraf, pakar radiologi intervensi dan pakar pemulihan.

"Sebagai hospital berpaksikan menjaga pesakit, matlamat kami adalah untuk menyediakan kaedah pengurusan kesakitan secara holistik agar pesakit memperoleh manfaat dan menjalani semula kehidupan yang berkualiti," kata Dr Marzida mengakhiri perbualan.

 

 Diterjemah oleh  Rafe’aton Md. Ali

-- BERNAMA




Untuk maklumat lanjut klik sini

HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2