49 kes ILI dikesan di N.Sembilan setakat ini - Exco



SEREMBAN, 10 Jan  -- Sebanyak 49 kes penyakit Influenza Like Illness (ILI) dilaporkan di Negeri Sembilan bagi tempoh 1 Jan sehingga Rabu lepas berbanding 98 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata kes terbaharu dikesan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mukundan, Bukit Pelandok, Port Dickson, membabitkan dua murid berumur lapan tahun.

“Namun, situasi ILI di negeri ini berada dalam keadaan terkawal. Tiada sekolah ditutup dan tiada kematian dilaporkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran operasi larangan merokok di premis makanan di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 1,598 kes dengan 27 kluster penyakit ILI telah dilaporkan pada tahun lepas bagaimanapun, ia berada dalam julat normal.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan pesakit kronik seperti asma dan kencing manis supaya mendapatkan rawatan awal sekiranya terdapat simptom seperti demam yang tinggi, selesema, batuk dan kelesuan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air secukupnya, mengurangkan aktiviti luar semasa cuaca panas, kerap membasuh tangan dan mengelakkan berkunjung ke tempat yang sesak selain mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul,” katanya.

Sementara itu, seramai 100 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menyertai operasi larangan merokok itu yang dijalankan di seluruh daerah di negeri ini dan beliau berkata hasil operasi akan diumumkan petang ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2