Dua murid sekolah rendah di Pahang dijangkiti Influenza A



KUANTAN, 11 Jan -- Dua murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata mangsa pertama ialah murid tahun lima di sebuah sekolah di Raub yang dipercayai mula dijangkiti penyakit itu pada Khamis lalu selepas dibawa ke klinik kerana demam. 

“Pihak sekolah dimaklumkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu yang membawanya ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan difahamkan telah diberi arahan kuarantin selama lima hari bermula Khamis lalu,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini. 

Tajuddin berkata kes kedua direkodkan di Kuantan melibatkan murid tahun dua yang kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Katanya, bapa murid itu memaklumkan anaknya menghidap Influenza A selepas pihak sekolah menghubungi keluarga itu semalam, selepas murid itu gagal hadir ke sekolah bermula 6 Jan lalu.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan mengenai kejadian itu supaya langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi mengawal penularan virus itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2