Perkhidmatan penjagaan paliatif masih kurang memuaskan - Dzulkefly

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Perkhidmatan penjagaan paliatif di negara ini masih kurang memuaskan dan perlu segera dipertingkat, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata ia berpunca daripada kekurangan fasiliti, pakar dan pusat rawatan walaupun tahap kesedaran terhadap penjagaan paliatif terutama untuk kanak-kanak mula menunjukkan peningkatan sejajar dengan pelaksanaan Inisiatif Rawatan Paliatif Pediatrik Kebangsaan pada 2012. 

Katanya menurut Quality of Death Index yang diterbitkan oleh The Economist Intelligence Unit pada 2015, Malaysia berada di kedudukan 38 daripada 80 negara, di belakang Mongolia, Uganda, Afrika Selatan, Cuba, Costa Rica dan Jordan untuk perkhidmatan penjagaan paliatif. 

"Kedudukan ini amat tidak memuaskan memandangkan perkhidmatan paliatif sangat penting dalam memberi kualiti kehidupan yang lebih baik terutama kepada pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit serius yang boleh menghadkan hayat," katanya ketika berucap melancarkan badan amal, MyStarfish di bawah unit penjagaan paliatif, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Jelasnya, rawatan paliatif merupakan penjagaan holistik yang merangkumi aspek fizikal, psikososial serta rohani yang bertujuan mengurangkan penderitaan dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata sejak perkhidmatan paliatif diwujudkan di Jabatan Pediatrik PPUM pada 2017, unit tersebut telah menerima 146 kes rujukan, dengan 38 peratus daripada kanak-kanak yang dirujuk menghidap kanser diikuti penyakit neurologi dan genetik. 

"Justeru, dengan pelancaran MyStarfish, sebuah badan amal yang diasaskan oleh dua pakar pediatrik dari Jabatan Pediatrik di PPUM ini, ia dapat membantu memenuhi keperluan psikososial, emosi dan rohani pesakit kanak-kanak yang menerima penjagaan paliatif di PPUM," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly ketika ditemui pemberita berkata sebanyak 3,792 notis kesalahan dikeluarkan di seluruh negara dengan 55,848 premis diperiksa sehingga semalam sejak Operasi  Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) dilaksanakan bermula 1 Jan lepas.

Katanya sepanjang tempoh tersebut, Johor mencatatkan jumlah notis kesalahan tertinggi dengan 479 notis, diikuti Selangor (474) dan Pahang (438). 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2