Pegawai kesihatan pantau sekolah ada kes Influenza - Dr Dzulkefly



KUALA SELANGOR, 12 Jan -- Pegawai kesihatan daerah kini memantau keadaan di sekolah yang dikesan wujud jangkitan wabak Influenza A sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut dalam kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kementerian turut mengingatkan pihak sekolah berkenaan supaya sentiasa membuat pemantauan berhubung jangkitan wabak itu sebagai langkah memastikan kesihatan pelajar sekolah berkenaan terjamin.

"Kita turut mengingatkan supaya pihak berkenaan di fasiliti (sekolah) mengambil langkah sepatutnya supaya penularan wabak tersebut dapat dibendung," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 170 warga emas daripada kalangan masyarakat Cina bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Tian Hock di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata jangkitan influenza yang dikesan berlaku di beberapa sekolah termasuk di Selangor masih terkawal dan tiada arahan penutupan sekolah dibuat setakat ini akibat wabak itu.

"Masyarakat  juga tidak perlu khuatir kerana bekalan ubat-ubatan untuk merawat influenza termasuk di klinik swasta mencukupi," katanya.

Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selesema, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim itu hanya menyebabkan demam selesema ringan kepada orang biasa tetapi boleh mengakibatkan jangkitan yang teruk terhadap kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1