89 murid di Johor dijangkiti influenza



JOHOR BAHRU, 12 Jan -- Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Azman Adnan berkata Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 murid diikuti Kulai (15), Tangkak (enam), Kluang (lima), Muar (lima), Batu Pahat (satu) dan Pontian (satu).

Menurutnya berdasarkan data yang diperoleh daripada rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta itu, murid yang dijangkiti terdiri daripada prasekolah serta sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun, Azman berkata tiada penutupan kelas atau sekolah setakat ini.  

“Persekolahan berjalan seperti biasa. Bagi satu atau dua kes perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) sekolah iaitu buat pembersihan kelas.

“Manakala, bagi kes yang melibatkan jumlah sehingga memerlukan kelas atau sekolah ditutup  (keputusan) akan dibuat bersama pejabat kesihatan berkaitan. Namun, setakat ini di Johor tidak perlu,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah melakukan tindakan awal bagi menangani isu berkenaan dengan  sentiasa berhubung dengan pejabat kesihatan untuk mengetahui maklumat dan tindakan lanjut berhubung perkara itu.

“Surat pekeliling mengenai isu berkenaan juga telah diedar dan kita juga sentiasa menunggu  laporan terkini daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mengenai keadaan murid. 

“Malah kita juga memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan untuk mengesan murid yang demam,” katanya.

Azman berkata murid atau warga sekolah yang mempunyai simptom influenza juga tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Sekiranya mereka hadir, perlu dibawa pulang dan mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital terdekat. Jika tidak, mereka akan diasingkan di dalam bilik khas atau bilik sakit.

“Begitu juga murid-murid yang tinggal di asrama atau di sekolah berasrama penuh, mereka juga akan diasingkan daripada penghuni asrama yang lain sehingga mereka sembuh sepenuhnya,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2