Negeri Sembilan negeri terbaharu catat kes influenza A

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu merekodkan kes penularan jangkitan Influenza A atau H1N1 dengan 11 kes direkodkan, melibatkan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan berkata dua kes di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Mukundan, Bukit Pelandok, Port Dickson, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Port Dickson (enam) dan Kolej Epsom, Nilai (tiga).

"Seramai 10 orang pelajar telah diberi rawatan pesakit luar dan hanya seorang pelajar dimasukkan ke wad untuk pengawasan. Bagaimanapun, kes tersebut (masuk wad) telahpun dibenarkan pulang ke rumah.

"Situasi terkini bagi penyakit Influenza Like Illness (ILI) di Negeri Sembilan pula berada dalam keadaan terkawal. Tiada sekolah ditutup dan tiada kematian dilaporkan," katanya.

Sementara itu PULAU PINANG jumlah kes jangkitan meningkat kepada 142 murid melibatkan 70 buah sekolah rendah dan menengah hari ini, berbanding 103 murid di 52 buah sekolah semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Abdul Rashid Abdul Samad berkata daerah Seberang Perai Utara merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 47 kes melibatkan 16 buah sekolah, diikuti Seberang Perai Tengah (31 kes dari 18 sekolah), Timur Laut (29 kes dari 20 sekolah), Seberang Perai Selatan (28 kes dari 11 sekolah) dan Barat Daya (tujuh kes dari lima sekolah).

“Enam murid sekolah rendah dan dua pelajar sekolah menengah sedang dirawat di hospital, manakala yang lain dikuarantin di rumah. Kesemua mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Peningkatan kes juga direkodkan di PERAK dengan jumlah pelajar yang dijangkiti Influenza sejak 9 Jan lalu sehingga hari ini adalah seramai 37, meningkat berbanding 28 semalam melibatkan 20 buah sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Dr Suhaimi Mohamed Ali memaklumkan daerah Kinta mencatat kes tertinggi dengan 12 orang. 

Di PAHANG pula, jumlah murid yang dijangkiti influenza sejak 7 Jan lalu kekal 10 orang dari 10 buah sekolah rendah, dengan lapan kes disahkan sebagai Influenza A atau H1N1.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata daripada jumlah itu, tiga masih dirawat di hospital, dua dikurantin di rumah dan lima telah dibenarkan keluar dari hospital, dengan ada antara mereka diberikan cuti sakit.

“Tiada sekolah atau kelas yang akan ditutup buat masa ini. Jabatan Pendidikan Negeri akan terus menyebarkan maklumat mengenai influenza kepada semua murid sebagai langkah mencegah penyakit berkenaan daripada tersebar,” katanya.

Beliau berkata daerah Kuantan mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan lima kes diikuti Cameron Highlands dengan dua kes dan masing-masing satu kes di Jerantut, Bentong dan Raub.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2