Tiga negeri catat peningkatan kes Influenza babitkan pelajar sekolah



KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Kes wabak influenza melibatkan pelajar sekolah mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Di PULAU PINANG, Pengarah Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad berkata 161 pelajar  membabitkan 77 sekolah rendah dan menengah dijangkiti wabak berkenaan hari ini, berbanding 142 orang di 70 sekolah semalam.

Daripada jumlah itu, sembilan pelajar sedang menerima rawatan di hospital.

Mereka yang tidak menerima rawatan di hospital dikuarantin di rumah masing-masing dan semua dalam keadaan stabil," kata Abdul Rashid kepada Bernama.

Di PERAK, Pengarah Pendidikan negeri Dr Suhaimi Mohamed Ali berkata 57 pelajar dijangkiti influenza berbanding 37 semalam. 

Beliau berkata ia melibatkan 34 sekolah di lima daerah iaitu Manjung, Kinta, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk dan Perak Tengah. 

Suhaimi berkata ia antaranya melibatkan 16 pelajar di Bagan Datuk termasuk di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) yang ditutup sejak Isnin lepas sehingga Ahad ini.

Di NEGERI SEMBILAN, jangkitan influenza turut merekodkan peningkatan kes kepada 22 berbanding 11 kes semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Faid Rashid penambahan 11 kes berkenaan dilaporkan berlaku membabitkan murid prasekolah di Port Dickson.

Katanya, kes Influenza Like Illness (ILI) juga menyaksikan peningkatan daripada 106 kes yang direkodkan semalam kepada 112 kes hari ini.

“Bagaimanapun, situasi terkini bagi penyakit Influenza dan ILI di negeri ini dalam keadaan terkawal. Tiada sekolah ditutup dan tiada kematian dilaporkan," katanya. 

Di SELANGOR, Pengarah Pendidikan negeri Dr Mahanom Mat Sam berkata 387 kes influenza melibatkan 149 sekolah direkodkan di negeri berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada kelas mahupun sekolah di seluruh Selangor ditutup buat masa ini.

Di JOHOR, kes influenza melibatkan murid dan pelajar sekolah kini direkodkan sebanyak 109 kes.

Pengarah Pendidikan negeri Azman Adnan berkata Johor Bahru merekodkan kes tertinggi dengan 46 kes, diikuti Batu Pahat (19) dan Kulai (16).

Di MELAKA pula, Pengarah Pendidikan negeri Dr Mohd Azam Ahmad berkata 31 kes direkodkan melibatkan 29 murid, seorang kanak-kanak prasekolah dan seorang guru perempuan sejak Isnin lepas, namun tiada sekolah ditutup setakat ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata bekalan vaksin influenza di hospital kerajaan di negeri itu mencukupi, dengan keutamaan suntikan vaksin diberi kepada pesakit berisiko tinggi.

Di KUALA TERENGGANU, tiada kes jangkitan baharu direkodkan setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Alias Razak.

“Selepas sembilan kes yang dilaporkan di Setiu pada 13 Jan lalu, tiada lagi kes baharu direkodkan sehingga hari ini,” katanya.

Di PAHANG, 37 orang dijangkiti influenza membabitkan 24 sekolah di sembilan daerah di negeri itu sejak 7 Jan lalu, menurut Pengarah Pendidikan negeri Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata ia membabitkan 31 murid sekolah rendah, tiga murid prasekolah, dua pelajar sekolah menengah dan seorang guru.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1