Kesihatan, kesejahteraan rakyat terpelihara tumpuan KKM pada 2020



PUTRAJAYA, 27 Jan -- Kementerian Kesihatan (KKM) dalam komitmen untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terpelihara pada 2020 akan memberi fokus kepada program imunisasi pneumokokal dan larangan merokok di premis makanan awam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, program imunisasi pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan akan dimulakan pada 2020, dengan sasaran terhadap kanak-kanak yang lahir pada 1 Jan, 2020 dan seterusnya.

Di bawah program itu, tiga dos suntikan vaksin penumococcal conjugate akan diberikan bagi setiap kanak-kanak.

"Persediaan sedang giat dilakukan KKM termasuk perolehan vaksin, persediaan logistik, penyediaan bahan pendidikan kesihatan dan latihan anggota kesihatan," katanya pada majlis amanat tahun baharu kementeriannya baru-baru ini. 

Mengenai larangan merokok di tempat awam pula, Dr Dzulkefly berkata KKM mengambil pendirian tegas menguatkuasakan zon larangan merokok di tempat awam khasnya bagi membendung gejala asap rokok yang boleh memudaratkan kanak-kanak, wanita hamil dan warga emas. 

Menurut statistik, katanya tujuh daripada 10 orang dewasa yang pergi ke restoran telah terdedah dengan asap rokok yang mana ia boleh mengakibatkan lebih 890,000 kematian pramatang dalam setahun.

Pada 1 Jan tahun ini, KKM melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di tempat makan dengan kompaun maksimum sehingga RM350. KKM mewartakan semua tempat makan sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, Akta Makanan 1983.

Pada 2020, kata Dr Dzulkefly, KKM akan terus maju dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan penglibatan yang lebih serius bersama pihak GP swasta dan klinik-klinik swasta.

Beliau berkata polisi ‘National Health Fund’ atau Dana Nasional Kesihatan perlu digerak serta digembeling secara progresif dalam mengupaya kredibiliti dan prestasi KKM secara inklusif.

--  BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2