Imunisasi polio: 34,ooo kanak-kanak di Tawau terima vaksin percuma



 

TAWAU, 1 Feb -- Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau menyasarkan kira-kira 34,000 kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara menerima vaksin polio secara percuma melalui kempen imunisasi polio Sabah pada Jan hingga Mac tahun ini.

Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata 43 peratus iaitu kira-kira 14,000 kanak-kanak membabitkan beberapa  kawasan termasuk di Pulau Sebatik menerima imunisasi berkenaan sejak 21 Jan lalu.

“Imunisasi polio dos pertama diberi secara titisan ke mulut (OPV), dan pemberian imunisasi itu akan melalui dua fasa dengan pertama bermula 21 Januari sehingga 21 Februari dan fasa kedua 22 Februari sehingga 21 Mac," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis pelancaran kempen imunisasi polio Sabah peringkat Tawau di Kampung Titingan di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu Nizam berkata inisiatif pemberian vaksin itu menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyatnya sihat.

Nizam turut menasihati agar ibu bapa yang belum mendapatkan imunisasi untuk anak-anak mereka agar membawa anak mereka  berjumpa dengan pegawai kesihatan sama ada sepanjang kempen berjalan atau ke hospital untuk mendapatkan vaksin secara percuma.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2