Koronavirus: Angka korban terus meningkat



KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Angka korban akibat novel koronavirus di China terus mencatatkan peningkatan pada Sabtu menyaksikan lebih 300 kes dengan 45 kematian baharu dilaporkan di wilayah Hubei.

Kedutaan China di Malaysia dalam catatan Facebook menyatakan Suruhanjaya Kesihatan Negara pada tengah malam 1 Feb, sejumlah 304 kematian dilaporkan manakala 328 orang lagi dibenarkan keluar dari hospital (85 daripada mereka dibenarkan pulang pada Sabtu).

Pada hari sama, 2,590 kes baharu yang disahkan telah direkodkan (1,921 di wilayah Hubei), menjadikan jumlah keseluruhan 14,380.

Selain itu, terdapat 19,544 kes disyaki setakat ini dengan 4,562 merupakan kes baharu. 

"Pada masa ini, 163,844 mereka yang berhubung rapat dengan pesakit telah dikesan, 8,044 orang dikeluarkan dari senarai kuarantin manakala 137,594 masih diletakkan di bawah pemantauan."

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2