KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Tiada pertambahan kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara ini, dengan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan kekal lapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah kumulatif kes pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan koronavirus adalah seramai 183 orang dan 18 orang masih menunggu keputusan makmal.
“Kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV, kekal seramai 32 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini mengenai jangkitan koronavirus.
Mereka boleh menghubungi infoline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) KKM di talian 03-8881 0200 / 600 / 700 atau di e-mel cprc@moh.gov.my untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai jangkitan 2019-nCoV.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN