KUALA LUMPUR, 3 Feb -- Lebih 2,000 lagi kes disahkan novel koronavirus dilaporkan pada Ahad di China.
Kedutaan China di Malaysia hari ini berkata 2,829 kes baharu telah disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,205, memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara China.
Sementara itu, 57 kematian dilaporkan (56 di wilayah Hubei dan satu di Perbandaran Chongqing), menjadikan angka korban setakat ini sebanyak 361 pada tengah malam Ahad.
Setakat ini, 475 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
"Pada masa ini, 189,583 mereka yang berhubung rapat dengan pesakit telah dikesan, 10,055 orang dibebaskan daripada pemantauan perubatan manakala 152,700 lagi masih dalam pemerhatian," menurut kedutaan itu dalam Facebooknya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN