JKN nafi dakwaan penutup hidung dan mulut di Hospital Pontian tidak mencukupi



JOHOR BAHRU, 6 Feb -- Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan dakwaan kononnya Hospital Pontian tidak mempunyai bekalan penutup hidung dan mulut yang mencukupi seperti yang tular dalam media sosial, hari ini. 

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKNJ, jabatan itu berkata dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak JKNJ telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan viral ini. Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ia akan mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat,” menurut jabatan itu.

JKNJ turut mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.

Dalam media sosial, tular mesej yang mendakwa Hospital Pontian tidak mempunyai penutup hidung dan mulut yang mencukupi sehinggakan ada pihak mahu menderma kepada hospital berkenaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2