Sarawak masih bebas daripada jangkitan novel koronavirus 2019



KUCHING, 6 Feb -- Sarawak masih bebas daripada jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan jawatankuasa itu, sehingga Selasa Iepas, daripada sejumlah 37 kes pesakit yang disiasat (PUI), 34 adalah negatif manakala tiga lagi masih dalam siasatan.

“Dari 2 hingga 4 Feb, sejumlah 18 orang yang terdiri daripada 10 lelaki dan lapan wanita telah tidak dibenarkan memasuki Sarawak susulan langkahnya yang memperkukuh dan menguatkuasakan pengurusannya bagi membendung penularan penyakit berbahaya itu.

”Daripada sejumlah 18 orang, 17 adalah dari China dan seorang dari Indonesia. Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Miri, Bintulu serta Lapangan Terbang Mulu dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, dan mereka telah tidak dibenarkan masuk kerana mereka telah memasuki dan keluar dari China dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya.

Jawatankuasa itu turut mengingatkan warga asing dari semua negara, terutama pelancong yang telah ke China dalam tempoh 14 hari lepas bahawa mereka tidak akan dibenarkan memasuki negeri tersebut.

Semua rakyat Malaysia (bukan penduduk Sarawak) yang telah berkunjung ke China dalam tempoh 14 hari lepas dinasihatkan agar tidak melawat Sarawak sehingga mereka menyempurnakan tempoh kuarantin selama 14 hari dan disahkan bebas daripada jangkitan itu.

“Dan bagi semua penduduk Sarawak dan penduduk tetap Sarawak, pemegang visa atau permit kerja yang telah ke China dalam tempoh 14 hari lepas, mereka boleh datang namun perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“Mereka akan dipantau secara rawak oleh pihak berkuasa yang relevan,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1