Koronavirus : Satu lagi kes positif, jumlah terkini 15 



PUTRAJAYA, 7 Feb  -- Satu lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15, setakat petang ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes terbaharu itu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China, yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan lepas.

Beliau berkata wanita itu bersama-sama suami, anak lelaki dan menantunya telah tiba di Singapura pada 17 Jan dan kemudiannya pergi ke Johor Bahru pada 21 Jan.

"Wanita itu mula mengalami gejala demam pada 26 Jan. Beliau tidak mendapatkan rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan dan hanya mengambil ubat demam yang dibeli anaknya dari farmasi berhampiran tempat penginapannya. 

"Pada Rabu (5 Feb) beliau masih tidak sihat setelah ubatan yang diambilnya habis. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bharu menerima makluman daripada pihak pengurusan tempat penginapannya pada hari yang sama dan beliau telah dirujuk ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Bercakap pada sidang media di sini, Dr Dzulkefly berkata wanita itu kini berada di wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru dan dalam keadaan stabil.

Katanya, suami wanita itu yang berusia 66 tahun juga diletakkan di wad isolasi hospital yang sama dan didapati tidak bergejala. Namun, sampel calitan tekak telah diambil dan menunggu keputusan makmal.

"Wanita itu dijadualkan pulang ke China pada 4 Feb dengan menaiki penerbangan dari Johor Bahru ke Guangzhou, tetapi telah menangguhkannya kerana kurang sihat. Namun, anak lelaki dan menantunya telah pulang ke China pada tarikh tersebut.

"Buat masa ini, kita sedang melakukan proses pengesanan kontak pesakit ketika beliau menginap di pusat penginapan itu," tambahnya.

Menteri itu berkata 15 kes positif itu membabitkan 11 rakyat China dan empat rakyat Malaysia.

Sebanyak 16 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2