KOTA BHARU, 9 Feb -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan kononnya seorang pesakit lelaki dikesan dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) sepertimana yang ditularkan dalam media sosial hari ini.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata apa yang sebenarnya berlaku adalah seorang pesakit lelaki daripada sebuah hospital swasta di sini, dihantar ke Hospital Tumpat untuk dirawat, tengah hari ini.
Beliau berkata pesakit lelaki berusia 50an itu dihantar ke hospital berkenaan selepas menunjukkan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan.
“Kes berkenaan bukan jangkitan koronavirus sebagaimana yang ditularkan di media sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, satu rakaman video tular dalam media sosial mendakwa seorang lelaki dikatakan mengalami demam selepas pulang dari Bangkok, Thailand dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
Berdasarkan rakaman video itu juga, beberapa kakitangan hospital yang memakai penutup hidung membawa masuk pesakit itu untuk dihantar ke Holospital Tumpat dari hospital swasta berkenaan.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman berkenaan menyatakan kebimbangan dengan rakaman itu dan berharap Jabatan Kesihatan Kelantan mengambil langkah terbaik bagi mengatasinya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN