'One Hope Charity' hasrat buka kaunter di hospital

Chua Sui Hau (Gambar fail)

BUKIT MERTAJAM, 10 Feb -- One Hope Charity and Welfare sebuah badan kebajikan berhasrat untuk membuka kaunter di hospital di negeri ini, bagi memberikan bantuan secara terus kepada pesakit yang berhadapan kes kecemasan kata Pengerusinya Chua Sui Hau.

"Kaunter ini akan dibuka di dua buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya yang memfokuskan kes kecemasan bagi membantu pesakit yang memerlukan bantuan… ia akan dilancarkan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Kasih Mesra Tahun Baharu Cina, di sini Ahad.

Pada majlis itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow turut melancarkan slogan One Hope Charity yang baharu iaitu 'Make Every Moment Charity Perfect'. 

Chua berkata badan kebajikan tersebut turut menyasarkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk kerja amal tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2