Koronavirus: 18 positif termasuk tiga pulih sepenuhnya - Dzulkefly

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan)

PUTRAJAYA, 10 Feb -- Malaysia merekodkan 18 kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) termasuk tiga kes pulih sepenuhnya setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.

Semua pesakit yang sedang dirawat iaitu sembilan warga China dan enam rakyat tempatan berada dalam keadaan stabil, katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini 2019-nCoV  di sini hari ini. 

Dzulkefly berkata situasi semasa jangkitan koronavirus di Malaysia masih terkawal.

Mengenai kes positif terbaharu itu, beliau berkata 22 individu yang merupakan kontak rapat telah dikesan bagi membendung penularan virus tersebut.

Tiga daripadanya merupakan anggota keluarga lelaki tersebut iaitu ibu, adik dan anak saudaranya manakala baki 19 orang adalah kakitangan kesihatan.

Beliau berkata sampel daripada ketiga-tiga ahli keluarga lelaki itu telah diambil untuk ujian pengesanan. 

"Kita juga sedang mengambil sampel daripada 19 anggota kesihatan yang dipercayai merawat lelaki berkenaan (pada peringkat awal) tanpa memakai peralatan perlindungan diri seperti disarankan," katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan mengambil langkah menaikkan tahap amaran berhubung jangkitan koronavirus seperti dilakukan oleh negara jiran, Dzulkefly berkata Malaysia tidak menggunakan kaedah seperti itu. 

Beliau berkata Malaysia mempunyai fasa tertentu sebelum sesuatu amaran seumpama itu dikeluarkan iaitu fasa amaran, pembendungan awal, pembendungan akhir sebelum langkah mitigasi dilaksanakan. 

Katanya, ketika ini Malaysia masih di tahap pembendungan awal. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2