Kes demam denggi di Pulau Pinang menurun



GEORGE TOWN, 11 Feb -- Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan  85.84 peratus dengan hanya 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang mencatatkan 1,103 kes.

Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan berkata bagi tempoh sama, satu kematian demam denggi dilaporkan tahun ini berbanding empat kematian pada tahun 2019.

Menurutnya ketika ini terdapat tiga lokaliti wabak terkawal iaitu daerah Timur Laut di Jalan Paya Terubong dan Taman Terubong Indah, manakala di daerah Seberang Perai Tengah melibatkan Apartment Permata Zon A.

Menurut kenyataan itu lagi terdapat satu lokaliti wabak hotspot iaitu di Apartment Taman Kristal di Daerah Timur Laut.

"JKNPP mengingatkan masyarakat agar terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghentikan penularan penyakit denggi iaitu melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar masing-masing bagi mengenalpasti serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Mereka juga boleh mendapatkan ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk di klinik-klinik kesihatan kerajaan," katanya.

-- BERNAMA 

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2