Kadar jangkitan Covid-19 kekal 18 daripada 550 orang jalani ujian

Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 12 Feb --  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian yang dijalankan terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini hanya 18 disahkan positif bagi Covid-19 sehingga ini.

Beliau berkata sehingga hari ini seluruh episod jangkitan kluster ditangani dengan baik oleh kementerian dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang dipengerusikan timbalan perdana menteri.

"Itu respons kami kepada WHO,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung jangkitan Covid-19.

Dalam sidang media harian berhubung Covid 19 di Putrajaya hari ini, beliau berkata kenyataan WHO bahawa  jangkitan Covid-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.

WHO menasihatkan kerajaan Malaysia membuat persediaan bagi kemungkinan penyebaran lebih meluas Covid-19 yang telah menjangkiti lebih puluhan ribu orang dan meragut nyawa lebih 1,000 orang di China.

Pengarah WHO bagi rantau Pasifik Barat Dr Takeshi Kasai, berkata dalam kenyataan hari ini bahawa maklumat terkini menunjukkan virus itu mungkin lebih mudah tersebar daripada data awal yang dicadangkan, tetapi mengambil perhatian bahawa ia bukan bermakna penyakit itu akan tersebar dengan mudah di Malaysia atau tempat lain.

Bermula semalam WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi penyakit virus korona 2019.   

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2