PUTRAJAYA, 12 Feb -- Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima tambahan 26 pengimbas haba yang akan ditempatkan di pintu masuk negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan pengimbas haba adalah 80, berbanding 54 sebelum ini.
“Kita baru terima dan akan segera menempatkannya di lokasi pintu masuk negara. Juga terdapat permintaan untuk menempatkan lebih banyak pengimbas haba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan menerusi menterinya, Lim Guan Eng memberi jaminan akan menyegerakan pemberian peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti dinyatakan oleh Dzulkefly.
Mengulas mengenai kes terbaharu positif COVID-19 di Singapura melibatkan seorang lelaki berumur 35 tahun yang bekerja di republik itu tetapi menetap di Johor, Dzulkefly berkata KKM sudah menghubungi pihak Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya melakukan pengesanan kontak.
Dzulkefly berkata kerajaan turut memperketatkan saringan kesihatan di pintu masuk CIQ Johor bagi mengekang penularan COVID-19, nama rasmi penyakit virus korona 2019 yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN