COVID-19: Unit Virologi IMR pastikan keputusan ujian pesakit disyaki tepat, cepat

Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Kakitangan Unit Virologi Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menjalankan penyiasatan jangkitan COVID-19.

Ini terutamanya bagi memastikan keputusan ujian sampel pesakit disyaki COVID-19 yang dijalankan adalah tepat dan dilaporkan kepada pihak hospital secepat mungkin.

Pakar Klinikal Virologi IMR Dr Rozainanee Mohd Zain berkata sebelum ini makmal unit itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat mulai 7.30 pagi hingga 5.30 petang tetapi sekarang mereka mempunyai senarai nama ‘on-call’ atau tugas atas panggilan untuk kakitangan bertugas dari pagi sehingga malam, termasuk pada hari minggu.

“Kami mempunyai dua sesi (syif). Yang bertugas dari pagi sampai pukul 3 petang dan dari pukul 3 petang sampai malam...jika semuanya okay, pukul 9 malam akan selesai tetapi ada kalanya kakitangan perlu menunggu untuk penerimaan sampel, memastikan semua ujian dijalankan dengan sebaiknya dan melaporkan keputusan kepada pihak hospital untuk proses pengurusan pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam program 'Darah Muda' terbitan Bernama TV di sini malam ini.

Dr Rozainanee berkata seramai sembilan kakitangan yang bertugas bagi setiap syif dan pemprosesan sampel yang diterima unit virologi perlu dilakukan dengan kadar segera.

"Daripada kita terima sampel (daripada pihak hospital) sehingga mengeluarkan keputusan ujian atau pun laporan ujian adalah 24 jam atau 48 jam," katanya sambil menambah pihaknya telah menjalankan lebih 500 sampel ujian sejak berlakunya kluster virus itu sehingga kini. 

 Covid-19, nama rasmi bagi novel koronavirus 2019 yang diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan surat panggilan untuk mengadakan mesyuarat atau projek kolaborasi dengan beberapa universiti tempatan dan agensi yang berminat untuk bersama-sama menjalankan kajian berkaitan COVID-19.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di Institut Kesihatan Negara, di Setia Alam, Selangor pada 14 Feb ini.

Ketika ditanya sama ada unit virologi berusaha untuk menghasilkan vaksin cubaan bagi COVID-19, beliau berkata kemungkinan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan berlangsung Jumaat ini.

-- BERNAMA

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2