Vaksin COVID-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan - WHO



GENEVA, 14 Feb  -- Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi Twitternya beliau berkata "ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak."

Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata "sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak COVID-19," sambil menambah menghasilkan vaksin dan  terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.

"Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam," katanya.

"Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang," tambahnya. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018