LANGKAWI, 14 Feb -- Kerajaan Malaysia dilihat berkesan dalam mengawal penularan epidemik COVID-19 di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berharap usaha itu dengan kerjasama pelbagai pihak diteruskan bagi melindungi rakyat Malaysia daripada dijangkiti virus itu.
"Kita berjaga-jaga dari awal, kita memeriksa mereka yang datang ke Malaysia terutama dari China dan kalau kita sangka mereka membawa virus itu kita masukkan mereka dalam kuarantin 14 hari.
"Orang kita di Wuhan yang dibawa balik juga dikuarantin 14 hari ...dengan cara ini setakat ini kita bernasib baik kerana ada 19 kes sahaja dan daripada 19 itu kebanyakan orang (rakyat) China juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Fasa 2: Villa Sirehan dan melawat tapak projek 1: Rebungan Resort Langkawi di Ulu Melaka, di sini hari ini.
Mengulas perbualan telefon dengan Presiden China Xi Jinping berhubung wabak itu semalam, Dr Mahathir berkata beliau menyatakan rasa simpati kepada pemimpin itu dan menyifatkan China telah mengambil tindakan luar biasa untuk menangani wabak itu.
"Kita menyatakan perasaan simpati kita pada Xi Jinping dan berterima kasih kerana jelas sekali presiden China mengambil berat tentang perkara ini dan mengambil tindakan luar biasa untuk banteras penularan penyakit.
"Saya fikir dia (kerajaan China) membuat apa (sahaja) yang mungkin (dapat) dilakukan dan kita berterima kasih dia tolong kita (Malaysia) dapat bawa balik rakyat kita yang ada di sana," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN