KOTA BHARU, 16 Feb -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan ujian ke atas tujuh pesakit yang disyaki terkena jangkitan COVID-19 menunjukkan keputusan negatif.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata ujian ke atas sampel pesakit dalam siasatan (PUI) itu, dijalankan bermula 25 Jan sehingga 10 Feb lalu.
Beliau berkata lima sampel dihantar untuk ujian di Makmal Kesihatan Awam di Perol dan dua lagi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di sini.
“Setakat ini, kesemua ujian ke atas suspek COVID-19 menunjukkan keputusan negatif, dan kita berharap orang ramai tidak mentularkan sesuatu perkara, tanpa mengetahui kebenarannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dr Zaini juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan termasuk membasuh tangan dan mengamalkan batuk secara berhemah ketika berada di kawasan awam.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN