Tiada kes positif COVID-19 di hospital Miri - Pengarah Kesihatan Sarawak



KUCHING, 17 Feb  -- Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini menegaskan tiada kes disahkan positif jangkitan COVID-19 di Hospital Miri, utara negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing berkata sehingga semalam, hospital itu menerima 16 kes pesakit dalam siasatan (PUI) melibatkan 14 warga Malaysia dan masing-masing seorang rakyat China dan Kanada.

“Bagaimanapun, 14 kes PUI didapati negatif COVID-19 manakala dua lagi masih menunggu keputusan. Seramai 10 kes PUI telah dibenarkan pulang setelah didapati sihat dan ujian makmal kali kedua (ke atas mereka) juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti mengamalkan adab batuk yang baik dan memastikan kebersihan diri sentiasa dijaga sepanjang masa.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya demam atau mengalami gejala jangkitan saluran penafasan dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan ke China,” katanya.

Semua pengamal perubatan juga dikehendaki melaporkan kes-kes disyaki COVID-19 kepada Pejabat Kesihatan berdekatan atau terus kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis jabatan itu di talian 082-443248 atau e-mel cprc_sarawak@moh.gov.my.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2