Energy Candy disahkan mengandungi bahan terlarang tadalafil



KUALA LUMPUR, 17 Feb  -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan produk Energy Candy mengandungi bahan terlarang iaitu racun berjadual ‘tadalafil’.

Produk terlibat ialah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit yang mengalami masalah erectile dysfunction (mati pucuk) dan ia hanya boleh diberi kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.

Menurutnya, penggunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke  peringkat berbahaya selain kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

“Larangan pengimportan telah dikeluarkan serta-merta dan KKM ingin memberi amaran kepada sesiapa yang masih menyimpan stok produk ini agar menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk menerusi dalam talian,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini. 

Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 yang  jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna pula dinasihatkan supaya tidak membeli produk berkenaan.

Tadalafil adalah dilarang penggunaannya dalam makanan mengikut akta berkenaan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2