COVID-19: Dua wanita warganegara China pulih sepenuhnya, dibenarkan pulang



KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Dua wanita warganegara China yang disahkan positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehingga kini, 20 orang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kedua-dua wanita berkenaan masing-masing dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kes ke-14, seorang wanita warganegara China berumur 37 tahun yang telah disahkan positif COVID-19 pada 5 Feb 2020 dan kes ke-19, seorang wanita warganegara China berumur 38 tahun, yang telah disahkan positif COVID-19 pada 12 Feb 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu berkata setakat ini tiada kes baharu yang dilaporkan dengan hanya dua orang yang masih dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut kementerian itu lagi, sehingga 24 Jan lepas, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal 22 kes.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang turut berkongsi perkembangan terkini mengenai wabak itu menerusi laman Twitter turut memaklumkan itu merupakan kicauan (tweet) terakhir beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

"Tweet saya yang terakhir sebagai YBM. TK!," katanya dalam catatan di laman Twitter.

Catatan itu dimuat naik memandangkan tiada lagi barisan Kabinet selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan hari ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2