Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuji tindakan segera yang diambil oleh Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Sanjiv Joshi yang secara sukarela menjarakkan dirinya dari hospital, klinik dan keluarganya selama 14 hari.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata walaupun Dr Sanjiv diuji negatif bagi COVID-19, beliau terus kuarantin dirinya semasa tempoh inkubasi kerana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.
"Dr Sanjiv merawat Kes 29 (wanita berusia 35 tahun yang berkongsi bilik dengan Kes 24) yang kemudiannya diuji positif COVID-19. Dr Sanjiv kemudian sukarela menjarakkan dirinya bagi tempoh 14 hari (daripada orang awam), saya berharap semua kontak rapat beliau akan meniru tindakan beliau untuk melakukan apa yang betul,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Hospital Pantai Kuala Lumpur hari ini bahawa hospital swasta itu telah kuarantin semua petugas dan pesakit yang mempunyai kontak dengan pesakit warga Jepun (Kes 24) bermula 26 Feb, dengan ujian COVID-19 telah dijalankan ke atas mereka baru-baru ini tetapi malangnya seorang pelajar jururawat dan seorang, masing-masing diuji positif.
Terdahulu, tular mesej WhatsApp yang meminta orang ramai untuk menghindari (Hospital) Pantai Bangsar bagi tempoh 10 hari akan datang, yang Dr Sanjiv sedang menjalani kuarantin kerana seorang daripada pesakitnya (Kes 29) dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur dijangkiti coronavirus daripada Kes 24.
Hospital Pantai Kuala Lumpur dalam kenyataannya menyebut bahawa jururawat pelatih (Kes 27) telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 29 Feb selepas beliau mempunyai kontak dengan pesakit warga Jepun (Kes 24) pada 21 dan 22 Feb.
“Semua petugas dan pesakit yang mempunyai kontak dengan pelajar jururawat telah dikesan mempunyai kontak dan diletakkan di bawah kuarantin. Ujian awal COVID-19 ke atas mereka diuji negatif dan keadaan mereka akan terus dipantau,” menurut kenyataan itu.
Pesakit ketiga merupakan kes ke-29 negara (wanita warga Malaysia berusia 35 tahun) yang berkongsi bilik dengan Kes 24, yang kemudian diuji positif COVID-19 pada 29 Feb dan sekarang ditempatkan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh.
Hospital Pantai Kuala Lumpur juga berikrar akan terus mematuhi pematuhan ketat dasar dan proses kawalan jangkitan dan juga mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan untuk memastikan semua kakitangan dan pesakit selamat.
“Hospital ini mengamalkan pelbagai langkah pencegahan termasuk mengehadkan pintu masuk ke hospital dan memeriksa suhu dan gejala setiap orang yang datang ke hospital. Oleh itu, perkhidmatan klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur tidak terjejas dan pesakit boleh meneruskan rancangan penjagaan yang ada di hospital,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN