Wisma Felcra laksana operasi sanitasi di keseluruhan premis



KUALA LUMPUR, 5 Mac  -- Pengurusan Felcra Berhad melaksanakan operasi pembersihan sanitasi secara menyeluruh melibatkan enam tingkat di Wisma Felcra bagi menangani penularan jangkitan COVID-19 bermula hari ini sehingga esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazrul Izam Mansor dalam satu kenyataan berkata menerusi operasi itu, kawasan persekitaran dan dalaman premis Wisma Felcra itu dibersihkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi meningkatkan keyakinan kakitangan untuk kembali bertugas seperti biasa pada 9 Mac.

“Semua kakitangan ibu pejabat dan pelawat akan menjalani ujian saringan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki bangunan pejabat pada Isnin ini.

“Bagi mereka yang merekodkan suhu badan melebihi 38 darjah Celsius tidak dibenarkan memasuki pejabat dan akan diatur untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nazrul Izam berkata pihaknya masih menjalankan gerak kerja harian seperti biasa dengan menggunakan teknologi komunikasi terkini yang menghubungkan ibu pejabat, semua wilayah dan kawasan.

Jelasnya dalam tempoh sama, semua peserta, kontraktor dan pembekal juga boleh berurusan dengan ibu pejabat menggunakan kemudahan komunikasi sedia ada.



Semalam, Wisma Felcra Berhad di Setapak Jaya ditutup serta-merta sehingga esok selepas seorang daripada ahli lembaga pengarahnya disahkan positif COVID-19.

Ahli lembaga pengarah Felcra yang disahkan positif COVID-19 itu sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan beliau adalah kontak rapat dengan ahli lembaga pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Ahli lembaga pengarah Felcra itu kali terakhir dilihat berada dalam bangunan Wisma Felcra pada 25 Feb.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018