JKNNS terima dua berita tular mengenai COVID-19

SUMBER: https://today.duke.edu/2020/01/duke-officials-monitoring-coronavirus-outbreak

SEREMBAN, 5 Mac -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menjelaskan bahawa kes tujuh anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Mantin, Nilai yang dikatakan positif COVID-19 sepertimana tular di aplikasi WhatsApp hari ini, masih dalam siasatan.

Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata pihaknya juga menerima satu lagi berita tular berhubung seorang kanak-kanak di daerah Port Dickson, yang turut dikatakan positif COVID-19.

"Kanak-kanak itu merupakan kontak kepada seorang pesakit dalam siasatan (PUI) yang telah disahkan negatif COVID-19 melalui ujian makmal," menurutnya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2