Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
PUTRAJAYA, 11 Mac -- Keutamaan Kementerian Luar sekarang adalah isu berkaitan COVID-19 memandangkan ia telah menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya negara-negara yang terjejas teruk oleh wabak itu, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menteri baharu itu berkata Wisma Putra perlu melihat isu virus ini secara serius kerana ia turut menjejaskan psikologi rakyat Malaysia dan jika ia tidak ditangani secara baik, ia boleh menyebabkan pelbagai kesan.
“COVID-19 telah menjejaskan seluruh dunia dan kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara yang melalui keadaan itu. Mengapa kita tidak kongsi kaedah terbaik tersebut?
“Cara terbaik untuk melakukannya ialah mendapatkan amalan terbaik dengan semua negara berkenaan (langkah-langkah untuk mengatasi virus itu). Bagaimanapun, Wisma Putra tidak boleh membuat keputusan kerana ia harus diputuskan oleh Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mengimbas kad perakam waktu dan bertemu dengan kakitangan Kementerian Luar di Wisma Putra hari ini.
Hishammuddin berkata beliau akan membangkitkan isu COVID-19 dengan rakan sejawat dari China, Singapura serta Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mencari penyelesaian terbaik menangani wabak itu.
Menteri Luar itu berkata isu COVID-19 adalah satu daripada perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional pagi tadi.
Mengulas mengenai hari pertama memulakan tugas di Wisma Putra hari ini, Hishammuddin berkata beliau terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh warga kementerian itu.
Hishammuddin, yang pernah memegang beberapa jawatan menteri Kabinet, berkata selepas dilantik sebagai Menteri Luar, beliau menerima banyak maklum balas daripada menteri luar negara lain untuk berkomunikasi dengannya hari ini.
“Lebih menggembirakan saya dalam beberapa hari ini, respons dan sambutan dari negara-negara luar cukup luar biasa. Malam semalam sahaja saya dimaklumkan permintaan beberapa menteri luar untuk berkomunikasi dengan saya hari ini dan enam panggilan telahpun ditetapkan,” jelasnya.
Hishammuddin berkata antara negara berkenaan adalah China, Arab Saudi, Singapura, Indonesia dan Thailand serta beberapa negara di Asia Tenggara.
“Seperti yang saya nyatakan dalam perbualan saya, kita berada dalam situasi yang sangat kompleks dalam dunia yang tiada sempadan sekarang, pertimbangan geopolitik perlu diambil kira untuk tujuan diplomatik dan kita mahu menjadikannya lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN